Niat cikgu untuk postkan forum ini hanyalah untuk menimbulkan minat serta hendak "generate" kan idea di kalangan para pelajar cikgu. Cuba kita sama-sama bincangkan persoalan yang cuba cikgu utarakan dibawah ini.
" Dalam dunia perniagaan yang semakin kompleks, kebanyakan urus niaga dijalankan secara kredit. Perakaunan Asas Tunai tidak lagi SESUAI digunakan kerana asas perakaunan ini tidak menggambarkan untung sebenar perniagaan. Oleh itu, Perakaunan Asas Akruan digunakan untuk menggantikan Perakaunan Asas Tunai"
Pada pendapat para pelajar,
- Wajarkan kita menggantikan Perakaunan Asas Tunai dengan Perakaunan Asas Akruan?
- Relevankah penggunaan Perakaunan Asas Akruan bagi peniaga-peniaga yang berniaga hanya secara kecil-kecilan?
- Bagaimanakah yang dikatakan Perakaunan Asas Tunai tidak menggambarkan UNTUNG SEBENAR perniagaan?
Mari sama-sama kita bincangkan persoalan diatas, semoga apa yang dibincangkan bersama-sama dapat membawa satu dimensi pemikiran baru kepada para pelajar dalam menzahirkan minat terhadap subjek "kesayangan dan kegemaran" ini!!!
Seorang berforum, seorang lagi kena la balas forum tersebut kan..hehe Gambar Ehsan dari Mr. the best search engine Mr.Google! |
No comments:
Post a Comment