Monday, 13 February 2012

Bab 5 (Tingkatan 4) ~ Akaun Kawalan ~

Bab 5 (Tingkatan 4) ~ Akaun Kawalan ~

Bagi pelajar-pelajar account cikgu di MRSM, bab ini diajar sebagai Bab 1 semasa di Tingkatan 5.

Ini adalah mengikut compacting Silibus MARA bagi subjek Prinsip Perakaunan.

Cikgu masih letakkan Nota tersebut di ruangan "Nota Tingkatan 4" untuk kemudahan pelajar-pelajar lain.

Lot of LOVE from Cikgu Nisa

Bab 5 (Tingkatan 4) ~ Akaun Kawalan ~

Para pelajar cikgu boleh download nota Bab 5 ~ sub topik ~ Akaun kawalan untuk rujukan

Pelajar-pelajar cikgu boleh mencuba soalan kuiz yang diberikan untuk lebih memahami topik Akaun Kawalan ini. 
Jika mempunyai sebarang masalah bolehlah bertanya di ruangan "comment" di bawah ini. TQ

Jom sama-sama Berleter tentang "Account"

Niat cikgu untuk postkan forum ini hanyalah untuk menimbulkan minat serta hendak "generate" kan idea di kalangan para pelajar cikgu. Cuba kita sama-sama bincangkan persoalan yang cuba cikgu utarakan dibawah ini.

" Dalam dunia perniagaan yang semakin kompleks, kebanyakan urus niaga dijalankan secara kredit. Perakaunan Asas Tunai tidak lagi SESUAI digunakan kerana asas perakaunan ini tidak menggambarkan untung sebenar perniagaan. Oleh itu, Perakaunan Asas Akruan digunakan untuk menggantikan Perakaunan Asas Tunai"

Pada pendapat para pelajar, 
  • Wajarkan kita menggantikan Perakaunan Asas Tunai dengan Perakaunan Asas Akruan?
  • Relevankah penggunaan Perakaunan Asas Akruan bagi peniaga-peniaga yang berniaga hanya secara kecil-kecilan?
  • Bagaimanakah yang dikatakan Perakaunan Asas Tunai tidak menggambarkan UNTUNG SEBENAR perniagaan?
Mari sama-sama kita bincangkan persoalan diatas, semoga apa yang dibincangkan bersama-sama dapat membawa satu dimensi pemikiran baru kepada para pelajar dalam menzahirkan minat terhadap subjek "kesayangan dan kegemaran" ini!!!
Seorang berforum, seorang lagi kena la balas forum tersebut kan..hehe
Gambar Ehsan dari Mr. the best search engine Mr.Google!



Nota Bab 7 ~ Pelarasan ~

Kepada para pelajar, Cikgu baru sahaja upload Nota Bab 7 ~ Pelarasan~ 

Dengan harapan nota yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
Gambar ehsan dari Google ye (^_^)

Nota Bab 7 ~ Pelarasan ~

Asas Perakaunan
Perakaunan asas akruan VS Perakaunan asas tunai

Perakaunan Asas Akruan
  • Melibatkan pemadanan hasil dan belanja untuk tempoh perakaunan tertentu.
  • Semua hasil (Wang yang telah atau belum diterima dianggap sebagai hasil bagi tempoh tersebut) dianggap sebagai hasil bagi tempoh perakaunan semasa. 
(Hanya jika transaksi hasil tersebut telah pun berlaku pada tempoh perakaunan tersebut hanya belum diperolehi daripada penghutang sahaja~juga dikira sebagai hasil)  
  • Semua belanja yang telah atau belum dibayar dianggap juga sebagai belanja bagi tempoh perakaunan semasa.  
(Hanya jika belanja tersebut telah pun berlaku pada tempoh perakaunan tersebut tetapi hanya belum dibayar sahaja~ juga dikira sebagai belanja )

Perakaunan Asas Tunai
  • Hasil hanya diiktifaf jika wang benar-benar diterima sahaja (Berkemungkinan wang yang diterima oleh perniagaan adalah hasil daripada jualan bukan dari tempoh perakaunan semasa)
  • Belanja juga hanya diiktiraf jika berlaku pengaliran keluar wang daripada perniagaan (Berkemungkinan juga belanja yang dibayar adalah bukan untuk tempoh perakaunan semasa)

Untuk sub-sub topik seterusnya, pelajar-pelajar boleh rujuk nota yang cikgu sediakan dibawah ini
Semoga Berjaya, jika ada soalan, boleh diutarakan di ruangan "comment" ya. TQ for suppoting Cikgu Nisa (^_^)

 
 

Submission date for Tutorial 4 & 5

To all Form 4 Accounting Students of MRSM Betong,

Please also submit your Tutorial 4 & 5 accordingly

Tutorial 4 (Submission date: 8 March 2012 ~ Before Mid Term Break~)
Tutorial 5 (Submission date: 6 August 2012)

Picture ehsan from Google.

Best wishes from Cikgu Nisa ^_^

Submission date for Tutorial 1, 2 & 3

To all Form 4 Accounting students of MRSM Betong,

Please "download" the tutorial accordingly 

Tutorial 1 (Submission date : 20 February 2012)
Tutorial 2 (Submission date : 22 February 2012)
Tutorial 3 (Submission date : 24 February 2012)


Picture ehsan from Google ^_^
Please submit your work at my desk before 10.30 am on the said date. TQ (^_^)

Tingkatan 4 - Tutorial Bab 5 dan Bab 7

Tutorial
Bab 5 (Buku Tunai Runcit)
&
Bab 7 (Pelarasan - Hasil/Belanja Terakru & Terdahulu)

Jom cuba buat tutorial 4 & tutorial 5
Semoga Berjaya anak-anak pelajar cikgu (^_^)

Tingkatan 4 - Tutorial Bab 1 dan Bab 2

Tutorial
Bab 1 (Pengenalan kepada Perakaunan) 
Bab 2 (Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra)

Pelajar - pelajar cikgu boleh download soalan tutorial diatas. Dengan harapan semua pelajar mampu siapkan tutorial ini untuk sama-sama kita lebih memahami Bab 1 dan Bab 2 Tingkatan 4.
(p/s: Senang saja 2 bab ini, hanya Pengenalan kepada Perakaunan dan Klasifikasi Akaun sahaja. Kalau pelajar-pelajar cikgu "rajin" mesti boleh faham dengan mudah (^_^) Try jangan tak try!!!

Kertas Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Kepada semua pelajar

Dibawah ini cikgu sertakan,

1. Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2011
2. Template Profil Perniagaan untuk Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Untuk rujukan semua pelajar cikgu ^_^

Sunday, 12 February 2012

Kertas 3 Prinsip Perakaunan 2012

Untuk perhatian semua pelajar:

Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Bermula pada bulan Ogos 2012 - September 2012

Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Bermula pada bulan Mac 2012 - April 2012


Soalan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia)
  •  Kepada pelajar-pelajar cikgu, cikgu akan fotostat soalan tersebut untuk setiap seorang.
  •  Ini akan memudahkan pelajar-pelajar untuk membuat rujukan.

Saturday, 4 February 2012

1.1 Kawalan Tunai

1.1 Kawalan Tunai
Tunai aset yang paling cair, oleh itu kawalan dalaman (Internal control) terhadap tunai sangat diperlukan (crutial)!
Sistem Kawalan Tunai

Jom bincang-bincang....
  • Untuk mengelakkan berlakunya kecurian, penipuan dan penyelewengan tunai semua urus niaga yang berlaku perlulah disertakan dengan dokumen sokongan yang sah seperti invois, bil tunai, resit, keratan cek atau baucar bayaran.
  • Perniagaan sepatutnya memperuntukan tunai yang cukup bagi memastikan belanja operasi perniagaan seperti gaji pekerja, belanja angkutan, belanja lain atau hutang-hutang pembekal (pemiutang perniagaan) dapat dilunaskan mengikut masa yang ditetapkan (Contohnya: Gaji pekerja sepatutnya dibayar setiap hujung atau awal bulan).
  • Sistem Kawalan Tunai perlu untuk mengelakkan berlakunya kehilangan hasil. Lebihan tunai sepatutnya dilaburkan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.(Contohnya: lebihan tunai dilaburkan dalam Simpanan tetap yang menawarkan dividen@faedah atas simpanan secara bulanan atau tahunan).



Bab 1 Perakaunan untuk Tunai

Sub topik di dalam bab ini :

1.1 Kawalan Tunai (teori ~ sangat mudah untuk pelajar-pelajar cikgu  "remember"~)
1.2 Penyata Penyesuaian Bank (praktikal~agak "complicated" sedikit...but we can manage~)
1.3 Belanjawan Tunai dan Varians (praktikal~senang "piece of cake" hehe ~)

So, we move to--------> Next post-------> 1.1 Kawalan Tunai