Asas Perakaunan
Perakaunan asas akruan VS Perakaunan asas tunai
Perakaunan Asas Akruan
- Melibatkan pemadanan hasil dan belanja untuk tempoh perakaunan tertentu.
- Semua hasil (Wang yang telah atau belum diterima dianggap sebagai hasil bagi tempoh tersebut) dianggap sebagai hasil bagi tempoh perakaunan semasa.
- Semua belanja yang telah atau belum dibayar dianggap juga sebagai belanja bagi tempoh perakaunan semasa.
Perakaunan Asas Tunai
- Hasil hanya diiktifaf jika wang benar-benar diterima sahaja (Berkemungkinan wang yang diterima oleh perniagaan adalah hasil daripada jualan bukan dari tempoh perakaunan semasa)
- Belanja juga hanya diiktiraf jika berlaku pengaliran keluar wang daripada perniagaan (Berkemungkinan juga belanja yang dibayar adalah bukan untuk tempoh perakaunan semasa)
Untuk sub-sub topik seterusnya, pelajar-pelajar boleh rujuk nota yang cikgu sediakan dibawah ini
Semoga Berjaya, jika ada soalan, boleh diutarakan di ruangan "comment" ya. TQ for suppoting Cikgu Nisa (^_^)