1.0 Sejarah Perakaunan
1.1 Permulaan menyimpan rekod
Tahun 3500 SM
- Catatan tertua adalah catatan pembayaran upah di Babylonia.
- Dicatatkan pada kepingan tanah liat (clay tablets) di Mesopotamia.
Zaman Purba Mesir 400 SM
- Menggunakan Papyrus (kertas) dan calamus (pen) untuk menyimpan rekod.
(Melalui papyrus dan calamus, urusniaga dapat direkodkan dengan lebih mudah & terperinci)
- Penyimpanan rekod menjadi perkara yang perlu kerana Sistem cukai telah
diperkenalkan.
Zaman Purba Greek (Abad ke-5 & ke-6)
- Wang digunakan sebagai alat perantara pertukaran.
(Membolehkan rekod perakaunan dicatat dengan lebih mudah)
- Transaksi penerimaan dan pembayaran hanya direkod melalui keterangan.
(Tiada sistem Catatan Bergu)
Zaman Purba Rom
- Adversaria : Sebuah Buku Catatan Harian yang merekod penerimaan dan
pembayaran dan disimpan oleh setiap Ketua Rumahtangga untuk tujuan
percukaian. (rekod perlu dihantar kepada Pihak kerajaan untuk pengiraan cukai).
 |
Gambar ehsan from google ^_^ |
[Summa De Arithmetica Geometrica Proportioni Et Proportionita]
Buku hasil penulisan Luca Pacioli. Siapa ya Luca Pacioli ni??? Cikgu akan sentuh tentang Luca Pacioli di sub topik seterusnya ya!!!