Monday, 13 February 2012

Tingkatan 4 - Tutorial Bab 1 dan Bab 2

Tutorial
Bab 1 (Pengenalan kepada Perakaunan) 
Bab 2 (Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra)

Pelajar - pelajar cikgu boleh download soalan tutorial diatas. Dengan harapan semua pelajar mampu siapkan tutorial ini untuk sama-sama kita lebih memahami Bab 1 dan Bab 2 Tingkatan 4.
(p/s: Senang saja 2 bab ini, hanya Pengenalan kepada Perakaunan dan Klasifikasi Akaun sahaja. Kalau pelajar-pelajar cikgu "rajin" mesti boleh faham dengan mudah (^_^) Try jangan tak try!!!

Kertas Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Kepada semua pelajar

Dibawah ini cikgu sertakan,

1. Soalan Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 2011
2. Template Profil Perniagaan untuk Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Untuk rujukan semua pelajar cikgu ^_^

Sunday, 12 February 2012

Kertas 3 Prinsip Perakaunan 2012

Untuk perhatian semua pelajar:

Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Bermula pada bulan Ogos 2012 - September 2012

Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Bermula pada bulan Mac 2012 - April 2012


Soalan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia)
  •  Kepada pelajar-pelajar cikgu, cikgu akan fotostat soalan tersebut untuk setiap seorang.
  •  Ini akan memudahkan pelajar-pelajar untuk membuat rujukan.

Saturday, 4 February 2012

1.1 Kawalan Tunai

1.1 Kawalan Tunai
Tunai aset yang paling cair, oleh itu kawalan dalaman (Internal control) terhadap tunai sangat diperlukan (crutial)!
Sistem Kawalan Tunai

Jom bincang-bincang....
  • Untuk mengelakkan berlakunya kecurian, penipuan dan penyelewengan tunai semua urus niaga yang berlaku perlulah disertakan dengan dokumen sokongan yang sah seperti invois, bil tunai, resit, keratan cek atau baucar bayaran.
  • Perniagaan sepatutnya memperuntukan tunai yang cukup bagi memastikan belanja operasi perniagaan seperti gaji pekerja, belanja angkutan, belanja lain atau hutang-hutang pembekal (pemiutang perniagaan) dapat dilunaskan mengikut masa yang ditetapkan (Contohnya: Gaji pekerja sepatutnya dibayar setiap hujung atau awal bulan).
  • Sistem Kawalan Tunai perlu untuk mengelakkan berlakunya kehilangan hasil. Lebihan tunai sepatutnya dilaburkan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.(Contohnya: lebihan tunai dilaburkan dalam Simpanan tetap yang menawarkan dividen@faedah atas simpanan secara bulanan atau tahunan).



Bab 1 Perakaunan untuk Tunai

Sub topik di dalam bab ini :

1.1 Kawalan Tunai (teori ~ sangat mudah untuk pelajar-pelajar cikgu  "remember"~)
1.2 Penyata Penyesuaian Bank (praktikal~agak "complicated" sedikit...but we can manage~)
1.3 Belanjawan Tunai dan Varians (praktikal~senang "piece of cake" hehe ~)

So, we move to--------> Next post-------> 1.1 Kawalan Tunai