Tuesday, 24 January 2012

Bab 1 - Permulaan Sistem Catatan Bergu dan Perkembangan Sistem Perakaunan

1.2 Permulaan Sistem Catatan Bergu

      - Bermula pada tahun 1200 SM hingga 1500 SM
      - Akibat daripada perkembangan Perdagangan pesat di Itali.
      - Dicipta oleh Luca Pacioli (seorang rahib dan ahli matematik Itali)
      - 1494, beliau menerbitkan buku matematik berjudul "Summa De Aritmetica
         Geometrica Proportioni Et Proportionita" [dalam buku ini terdapat 1 bab yang
            menerangkan tentang Catatan Bergu].
        - Juga dikenali sebagai "Kaedah Vanice"
      - The Father of Accounting??? Luca Pacioli
        [perintis dalam pembentukan asas perakaunan]

1.3 Perkembangan Sistem Perakaunan
  
     - Semakin berkembang disebabkan "Revolusi Perindustrian" di England pada abad ke-17
       dan ke-18. [ merupakan faktor pengerak kepada pendekatan baru dalam bidang perakaunan]

      Sistem Perakaunan

    1. Perakaunan Kewangan
  • Penubuhan syarikat besar, penerbitan saham syarikat.
  • [ peneraju kepada perakaunan kewangan]
  • Pemegang saham mahu mengetahui kedudukan kewangan dan pretasi syarikat.

    2. Perakaunan Kos
  • Syarikat besar lakukan pengeluaran secara besar-besaran
  • Analisa terhadap kos-kos yang terlibat diperlukan bagi mencari kos yang paling efisen supaya pengeluaran dapat dikeluarkan dengan cekap.

    3. Perakaunan Pengurusan
  • Perkembangan pesat dalam organisasi perniagaan.
  • Membuat keputusan dan perancangan untuk syarikat.
  • Bermula pada abad ke-19 & ke-20

     4. Perakaunan Sosial
  • Syarikat menggunakan sumber daripada masyarakat.
  • Syarikat perlu memikirkan masyarakat sekeliling dalam pembuatan keputusan syarikat.
  • "Corporate Social Responsability Statement" perlu disediakan oleh syarikat-syarikat besar sebagai salah satu daripada elemen Penyata Kewangan bagi menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab syarikat terhadap masyarakat.
Siapa suka makan Mc Donalds?? Jom sama-sama kita baca Mc Donalds CSR Report 2010.
[Link ehsan from google ^_^]

Monday, 23 January 2012

Bab 1 - Sejarah Perakaunan -

1.0 Sejarah Perakaunan

      1.1 Permulaan menyimpan rekod
     
            Tahun 3500 SM

             - Catatan tertua adalah catatan pembayaran upah di Babylonia. 
             - Dicatatkan pada kepingan tanah liat (clay tablets) di Mesopotamia.  

           Zaman Purba Mesir 400 SM 
          
             - Menggunakan Papyrus (kertas) dan calamus (pen) untuk menyimpan rekod.
               (Melalui papyrus dan calamus, urusniaga dapat direkodkan dengan lebih mudah & terperinci)   
             - Penyimpanan rekod menjadi perkara yang perlu kerana Sistem cukai telah
               diperkenalkan. 

            Zaman Purba Greek (Abad ke-5 & ke-6)     
       
             - Wang digunakan sebagai alat perantara pertukaran.
               (Membolehkan rekod perakaunan dicatat dengan lebih mudah)
                - Transaksi penerimaan dan pembayaran hanya direkod melalui keterangan.
               (Tiada sistem Catatan Bergu)

               Zaman Purba Rom

            - Adversaria : Sebuah Buku Catatan Harian  yang merekod penerimaan dan
              pembayaran dan disimpan oleh setiap Ketua Rumahtangga untuk tujuan
              percukaian. (rekod perlu dihantar kepada Pihak kerajaan untuk pengiraan cukai).

Gambar ehsan from google ^_^

[Summa De Arithmetica Geometrica Proportioni Et Proportionita]
Buku hasil penulisan Luca Pacioli. Siapa ya Luca Pacioli ni??? Cikgu akan sentuh tentang Luca Pacioli di sub topik seterusnya ya!!!
    

Selamat Datang ke Blog Prinsip Perakaunan Cikgu Nisa


Assalammualaikum pelajar-pelajar cikgu,

Sebagai kata pengenalan,

Cikgu nak ucapkan TQ dan Selamat Datang ke Blog "Account made easy with Cikgu Nisa"



Kenal Cikgu?? (",)

Obviously not kan...but untuk pelajar-pelajar akaun cikgu di MRSM Betong, insyaallah semua dah kenal rasanya...kepada bakal-bakal pelajar, SELAMAT BERKENALAN cikgu ucapkan.

Agak-agaknya, kenapa pelajar-pelajar cikgu ini memilih untuk ambil subjek Prinsip Akaun di Peringkat SPM??


1. Terpengaruh dengan rakan sekelas?
2. Memang minat subjek ini?
3. Mak & ayah suruh ambil?
4. Memang sekolah menawarkan pakej subjek yang merangkumi subjek ini?

Walau apapun jawapan yang pelajar berikan,

Yang paling penting cikgu nak nasihatkan.....Setiap perkara yang kita lakukan perlu disertai dengan Minat dan Kesabaran.

Sebagai pengenalan, cikgu tinggalkan pelajar-pelajar dengan satu gambar berkenaan "Hukum Debit dan Kredit".

Cuba pelajar-pelajar cikgu fikirkan,

Adakah debit dan kredit hanya berkaitan dengan pengaliran masuk dan keluar wang tunai sahaja??


My dear student, we have a very long way to go, so come join Cikgu..kita sama-sama belajar, kenal apa itu "Prinsip Perakaunan" dan jom sama-sama

"Falling in Love with Prinsip Akaun"